Ruang ini bertujuan untuk memudahkan penternak-penternak baru atau yang bercita-cita menjalankan penternakan cacing. BLOG ini memberi maklumat-maklumat terkumpul untuk dijadikan sumber rujukan untuk membuat sebarang penyediaan projek penternakan yang baru. Ianya adalah sekadar rujukan asas. Gunakan lah maklumat ini sebaik mungkin untuk membantu satu sama lain dalam bidang penternakan yang semakin mencabar.
Sumber: http://kebunwarisan.blogspot.com
Struktur Tubuh Cacing

Cacing merupakan jenis haiwan yang bernafas menggunakan oksigen yang diserap terus melalui kulit. Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis. Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah. Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.
Sumber: www.ternakcacing.com
Jenis-jenis Cacing Untuk Ternakan
Di negara kita antara jenis-jenis cacing yang diternak adalah seperti berikut:
1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
3. Pheretima Elongata.
4. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).
Sumber: http://asastaniorganik.wordpress.com

Permakanan Cacing
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. Tetapi, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:
1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.
Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan perlu seimbang dgn jumlah cacing.

Masih ragu-ragu mengenai penternakan cacing??

Sememangnya ramai yang akan tertanya-tanya akan prestasi penternakan cacing ini kerana ia nya sesuatu yang agak baru dinegara kita. Disini disertakan rakaman temuramah bersama penternak yang sudah berjaya, Puan Azlinda Ros Abd Aziz, Pengurus Urusan AZR Agro Centre.
Berdasarkan temuramah itu, saya yakin ramai yang berminat untuk melakukan penternakan cacing. Tetapi pastikan melalui laluan dan kaedah yang betul. Dibawah disertakan beberapa laman yang dijadikan rujukan maklumat panternakan cacing:
1)http://asastaniorganik.wordpress.com/
2)http://kebunwarisan.blogspot.com/
3)http://www.ternakcacing.com/
4)http://my-agro-cacing.blogspot.com/
Pendapatan Sampingan
Selain dari harga cacing yang tinggi, tinggalan cacing juga boleh dijual sebagai baja organik yang baik untuk pertanian.
Subscribe to:
Posts (Atom)